Friday, September 19, 2014

Persiapan sebelum pertandingan

A) FASA PERSIAPAN UMUM

• Tingkatkan asas kecergasan dan teknik atlet.
 • ‘Latihan untuk latih’ yang memerlukan 1 hingga 3 kitaran makro dan persediaan kepada atlet untuk berlatih pada fasa seterusnya.
 • Latihan daya tahan aerobik, kekuatan, daya tahan kekuatan serta teknik dan koordinasi ditingkatkan. Manakala kelajuan adalah rendah dan ditingkatkan beransur - ansur.    
81

B)  FASA PERSEDIAAN KHUSUS

 • Persediaan atlet untuk fasa seterusnya tetapi turut membina kecergasan khusus acara dan merupakan model teknik tambahan kepada atlet.
 • Daya tahan dan kekuatan ditingkatkan manakala daya tahan acara spesifik, kekuatan kelajuan dan kelajuan berada pada tahap sederhana dan ditingkatkan beransur - ansur.
 • Daya tahan kekuatan, teknik dan koordonasi berada pada tahap sederhana dan semakin dikurangkan.


C)  PERSEDIAAN PRA PERTANDINGAN

 • Mengambil bahagian dalam banyak pertandingan kompetitif.
 • Menggunakan siri pertandigan untuk meningkatkan intensiti, kemahiran melawan, cabaran atlet untuk meningkatkan prestasi.
 • Keseluruhan latihan adalah untuk mencapai kecemerlangan dalam kejohanan utama.
 • Prestasi teknikal atlet dalam permulaan pertandingan merupakan sesuatu yang sukar untuk ditingkatkan.
• Jurulatih menggunakan video tape untuk memudahkan penilaian prestasi atlet.
 • Kekuatan ditingkatkan dan daya tahan acara spesifik turut ditingkatkan melalui kejohanan yang disertai manakala kekuatan dikurangkan.
 • Daya tahan aerobik berada pada tahap sederhana. Manakala pertandingan akan bertambah dan pada masa yang sama masa untuk pemulihan juga akan bertambah.

D) FASA PERTANDINGAN UMUM

 • Memperbaiki model teknik yang lebih tinggi dan bersedia untuk mencapai prestasi kemuncak.
• Bagi atlet elit, mungkin tidak menyertai kejohanan antara 4-6 minggu sebelum. Ini adalah untuk         memberi tumpuan terakhir bagi memperbaiki teknik dan meningkatkan tahap kecergasan.
• Latihan mencapai tahap intensiti kemuncak (kualiti) tetapi bebanan (kuantiti) akan dikurangkan.
 • Kejohanan adalah pada tahap tinggi, kelajuan ditingkatkan manakala kekuatan dan teknik serta koordinasi dikurangkan. Pada tahap ini, daya tahan aerobik berada pada tahap sederhana dan masa untuk pemulihan juga akan bertambah.


E)  PERTANDINGAN UTAMA

 •Merupakan kemuncak dan pertandingan yang penting dalam tahun semasa.
 • Bebanan latihan sangat ringan untuk mempastikan atlet dalam keadaan rehat dan segar. Oleh itu           tahap prestasi tinggi mungkin akan dicapai.
 • Ini mungkin termasuk satu atau lebih kejohanan lagi sebelum kejohanan utama.
 • Biasanya 1 atau 2 minggu sebelum kejohanan utama.    

No comments:

Post a Comment