Thursday, June 5, 2014

MSSM 2014

MSSM 2014
KONTIGEN KUALA LUMPUR
KELANTAN DARUL NAIM
6-13 JUN 2014


Hari pertama(khamis 5/6/2014)
   Semua pegawai dan atlet menaiki bas sekitar 9.00 pagi  menuju ke kelantan.Perjalanan memakan masa selama 10 jam di mana bas sampai di SM Sains FAris Petra sekitar pukul 10 malam...


Hari kedua (Jumaat 6/6/2014)
   
  Sesi latihan pagi ditunda untuk merehatkan pegawai dan atlet yang kepenatan mengharungi perjalanan yang jauh .Semua kontigen bersembahyang jumaat di masjid ..Sesi latihan petang bermula pukul 3.00 ptg..Tujuan ini untuk penyesuaian padang di perlawanan sebenar nanti

Latihan pasukan MSSKL
  Pasukan KL dibantu saracen akademi utk sesi pemantapan pasukan KL ke MSSM


Hari ketiga

 Pada hari ini bermulalah kejohanan MSSM 2014 melibatkan kesemua negeri di seluruh malaysia termasuk labuan dan putrajaya..Pasukan MSSMKL telah melakukan langkah kanan dalam kejohanan ini dengan menewaskan kedah dengan bergayanya dengan try dan convert sebanyak 57 try berbalas 0.Kejayaan ini memberi semangat keyakinan yang tinggi untuk mengharungi perlawanan seterusnya iaitu berjumpa pasukan melaka pada esk hari dan labuan pada hari berikutnya..Semua pegawai dan atlet sangat bersemangat untuk mencapai kejayaan seterusnya mara ke peringkat cup/plate.
       
      pasukan u12 pula mengalami nasib yang berbeza apabila tewas kepada negeri sembilan 43 -37 ..ini sangat mengembirakan pasukan negeri sembilan kerana pada friendly game mereka berjaya dikalahkan oleh pasukan kuala lumpur..semoga pasukan u-12 akan beroleh kemenangan menentang pasukan johor pada esok hari

hari keempat


Pasukan u-12 terus dirundum kekecewaan apabila tewas pula kepada pasukan johor dengan result 54-20..tp semangat pasukan kl tidak mudah dipatahkan kerana masih bersemangat untuk cuba memenangi perlawanan pada esk hari..semoga di second round pasukan ini akan berusaha sebaik mungkin untuk pergi ke final bowl..

 Pasukan u-18 seperti biasa meneruskan rentak kemenangan mereka, kali ini pasukan labuan pula menjadi mangsa belasahan pasukan kl yang amat gagah dan perkasa ..pasukan kl menang 60-0 .


Undian utk cup/plate telah menemukan kl dengan N9..diharapkan pasukan kl akan berjaya mengharungi cabaran getir ini dan menempah perlawanan separuh akhir yg dijangka akan bertemu dengan perak..semoga pasukan kl akan berjaya melepasi halangan negeri sembilan dengan jayanya..

Hari Kelima

 Perlawanan yang ditungu-tunggu menjelma..pasukan kl dan negeri sembilan berentap dengan hebatnya..silih berganti menyaingi pasukan masing-masing...tetapi adat perlawanan..ada menang dan kalah..akhirnya pasukan kl tewas untuk penentuan cup/plate dengan kekalahan 24-15..seorang pemain kl mengalami kecederaan di rusuknya sehingga dimasukkan ke dalam hospital..tetapi keadaannya beransur pulih dan dibenarkan keluar..

Hari keenam

 pasukan KL meneruskan kemaraan ke penentuan final Plate bertemu perlis...pasukan msskl mara dengan mudah setelah menewaskan perlis

Hari Terakhir

 Penentuan Akhir Plate menemukan pasukan KL menentang Pasukan sabah.Perjuangan harus diselesaikan dengan kejayaan , Pasukan KL meneruskan momentum kejayaan dengan menewaskan sabah di Final seterusnya sebagai saguhati mengubat kedukaan tidak berjaya ke Final CUP.. Final Cup menemukan pasukan anak beranak iaitu perak dan kelantan. Akhirnya Kelantan tewas di tangan tangan Perak setelah memberi tentangan yang cukup sengit semasa perlawanan akhir di aksi penalti..sekian laporan 










































No comments:

Post a Comment