Wednesday, July 13, 2011

COBRA RAMPAS TAKHTA NS ROYAL SEVENS 2011

SEREMBAN, 12 Julai 2011 - COBRA MUNCUL JUARA NS ROYAL 7S setelah berhempas pulas menghadapi STUNAMI Bandar Penawar di Padang Majlis Perbandaran Seremban hujung minggu lalu.

Pertemuan yang diibaratkan seperti 'buku bertemu ruas' berkesudahan Cobra berjaya menewaskan STUNAMI (35-19). Perlawanan pada awalnya amat setara dengan masing-masing berbalas serangan dan jatuhan try. Separuh masa pertama keadaan terikat 14-14 sama dan kemunculan kelibat Dineshwaran Krishnan di akhir separuh masa pertama membolehkan Cobra mendahului STUNAMI 21-14.

Separuh masa kedua tetap sengit namun nasib tidak menyebelahi STUNAMI. Cobra lebih garang dengan kehadiran pemain import Fiji; Vatimi Rebebe dan Isoa Turova.

Cobra berjaya menamatkan kemarau takhta di NS Royal 7s pada edisi kali ini setelah buat kali terakhir mereka menjulang nama di NS Royal 7's pada tahun 1999.

Bagi kategori sekolah, Thafalgar High School muncul juara setelah menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar (26-17)

Keputusan penuh:

KATEGORI KELAB TERBUKA.

CUP: COBRA menewaskan STUNAMI (35-19).

PLATE: NS WANDERERS menewaskan SIBU RC (19-12)

KATEGORI SEKOLAH

CUP: THAFALGAR HS BLUE menewaskan SSBP (26-17)

PLATE: NSS KGV menewaskan THAFALGAR HS GOLD (19-17)


sumber : Sukan Daily

2 comments: